Login ahli...

=======================


Assalamualaikum,
Nama saya Mohd. Shahril Saufi Bin Mahmud. Berumur 27 tahun. Sudah berumah tangga dan dikurniakan seorang cahaya mata. Berasal dari Ranau, Sabah. Sudah lebih 6 tahun berkerja sendiri sebagai peniaga gerai makanan di tepi jalan Taman Pasir Putih, Ranau.

Saya diperkenalkan dengan Tone Excel oleh abang ipar saya, Cikgu Hasnaol Hj Liwangsa pada tarikh 28hb Oktober 2013. Pada mulanya, saya hanya buat sekadar suka-suka sahaja, sebabnya sebelum ini pernah buat bisnes networking tapi tidak berapa menampakkan hasil. Saya beranggapan bahawa saya tidak sesuai untuk terus berkecimpung dalam bisnes networking lagi.

Berbekalkan sekeping simkad dan buku panduan, saya cuba mengintai pelan pemasarannya. Apa yang saya nampak adalah apa yang saya tidak pernah nampak atau jumpa dalam mana-mana bisnes networking yang saya pernah buat sebelum ini. Biasanya saya dihantui dengan perkataan “maintain bulan-bulan” dan “service/follow up downline”. Namun di dalam Tone Excel, “maintain bulan-bulan” ini, kalau tidak diberitahu pun memang saya maintain topup setiap bulan. Dan, “service/follow up downline” amat-amatlah minimum. Ini sebenarnya yang membuka semula hati saya untuk mencuba.

Dari situ, saya cuba promosikan kelebihan simkad Tone Excel ini kepada adik isteri saya yang berkerja di Johor. Saya call dan saya terangkan. Alhamdulillah… serta merta dia join dan dia sponsor isterinya serta seluruh ahli keluarga sebelah isterinya. Terbentuknya network saya di sana, akhirnya komisyen topup yang saya terima pertama kalinya didebitkan ke akaun bank saya adalah sebanyak RM52. Perasaan yang sungguh teruja kerana RM52 itu datangnya daripada handphone saya.

Pada tarikh perkongsian ini ditulis 12hb Ogos 2015, sudah 1 tahun 9 bulan saya bersama Tone Excel. Saya tidak mempunyai pendidikan yang tinggi, belajar sampai Tingkatan 4 sahaja. Impian saya mahu ada rumah sendiri dan kereta sendiri. Setakat ini, tidak ada harta benda besar yang saya sudah beli namun nikmat menerima duit setiap bulan daripada Tone Excel ini mampu mengukir senyuman saya dan isteri.

Alhamdulillah… saya amat-amat bersyukur kepada Allah SWT atas limpahan rezekiNya, kepada kedua orang tua saya yang tidak henti-henti memberi sokongan dan tunjuk ajar, kepada isteri yang sentiasa bersama saya menjadi tembok di belakang saya agar saya tidak lagi menoleh ke belakang, kepada anak saya yang selalu memberi dorongan “ayah, nanti kalau komisyen mu sudah 100 ribu, ayah beli la kereta macam si Mazelan Abas tu”, kepada abang ipar saya yang memperkenalkan Tone Excel ini, kepada kakak, kedua abang saya dan kakak ipar yang turut menyokong, dan begitu juga kepada seluruh rangkaian Tone Excel saya yang memberi kepercayaan kepada saya. Komisyen topup terkini yang saya perolehi sudah mencecah lebih RM2,000 sebulan. Syukur…

Kepada rakan-rakan yang masih lagi belum sertai program ini, cepatlah bertindak. Masa tidak menunggu anda. Sedarilah aset yang memang sedia ada di tangan anda. Jika anda sudah cukup selesa dengan kewangan anda sekarang, teruskan dengan kerjaya anda. Tapi, jika anda sering menggeleng kepala apabila melihat baki akaun bank anda setiap hujung bulan, anda perlu bertindak. Tindakan anda hari ini yang akan menentukan hasil dikemudian hari.

InsyaAllah, apa yang saya impikan selama ini, pasti akan saya perolehi…

Terima kasih.
Mohd. Shahril Saufi Bin Mahmud


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

** PERTANYAAN **


POPULAR POST

ping fast  my blog, 
website, or RSS feed for Free My Ping in TotalPing.com
[ Pingler ] [ Pingoat ] [ Google Ping ]
[ Reader ]

Jana pendapatan bersama